Pondok

Salam Semua,

Berkenaan dgn topik atau tajuk diatas:
Saya cuma merasakan kita telah membuat satu keputusan yg agak tergesa-gesa.Tidak seperti kebiasaan dimana kita akan berbincang terlebih dahulu.
Terlalu cepat kita membuat keputusan /tindakan..seperti mlm ni kutip duit dan esok terus tiang pondok naik.
Saya percaya kita hidup secara berjiran dengan cara hormat-menghormati, mendengar dan menerima pendapat, tolak ansur dan yang paling penting keharmonian taman kita.
Saya tau sudah terlewat untuk kita membincangkan hal ini,cuma saya berharap agar segala keputusan ataupon cadangan akan datang dpt kita bincangkannya dahulu sesama kita.


Sekian,

10 comments:

  1. Salam,

    Secara jujur dan ikhlas, saya merasakan ianya bukanlah idea yg baik untuk membina pondok itu.
    Kalo di ikutkan priority masih byk yg kita perlu utamakan sebagaimana yg telah kita bincangkan seperti pagar blakang umah.

    Saya juga merasakan kalo kita membeli umah mesti kita mahu kan privacy...soal itu bukan tanah dia ...betul tp bagaimana kalo org lain park kereta dekat area umah kita..ape kita rasa...ermm...just my 2cent..

    ReplyDelete
  2. Sy tiada komen buat masa ini. Ikut keputusan majoriti.

    ReplyDelete
  3. salam,
    saya faham dengan situasi ini, apa yang arip cakap betul, dan pendapatnya juga betul. Cuma ada satu perkara yang berlaku. Saya juga terkejut bila tok lin tepon saya, dan menyatakan harga pondok. Ini sebenarnya satu hari dulu kita pernah sembang2 dengan jebat dan bgtau, suruh diorang bajet dan kita kolek. Tak pulak masa tu kita tercapai fikiran akan perkara privacy dan sebagainya. Kita pun dah forget menda ni tetiba tok lin call, "bajet dah dapat, kontraktor nak mula kerja". Terkujat juga tapi rasa cam dah pernah sembang ramai2. Satu perasaan yang serba salah amat. Jadi kira on ajer la, lain2 perkara aku rasa kira kemudian, mungkin kewangan agak tinggi rm50, sbb nanti pagar kolek lagi.. Penat weh.. Entahla.. Ditelan pahit diluah pun salah. Sila bantu.. Dengan cadangan bernas dan tindakan. Tq

    ReplyDelete
  4. Rasanya ada dimaklumkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Salam Semua,

    Saya setuju dengan Arip... tapak lokasi pondok tidak sesuai.. mungkin nanti ada masalah PRIVACY dengan tuan rumah....
    Mungkin saya terlepas meeting pasal pondok nie..tapi saya tiada SMS terima untuk meeting bincang pasal pondok dengan detail.

    ReplyDelete
  6. Memandang projek sudah berjalan, kita teruskan aje. InsyaALLAH, perkara yg kecil2 kita akn selesaikan satu persatu.Kemungkinan besar juga tidak akn Ada masalah dgn rumah yg berdekatan.

    B Positive..

    B Positive...

    B Positive..

    Jenis darah kawe ler..haha

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Skang cume yang saya pikir kan ... maybe ada RT untuk kawasasn kita sahaja...kerana tidak mustahil pondok tersebut akan dilabelkan "PONDOK RT". maka akan ada perpecahan RT nnt.
    kerana kalo kita melihat dari sudut motif pondok itu dibina berdasarkan tujuan ape sebenar nye.

    my 2cent......

    ReplyDelete
  8. Dlm pemahaman saya, pondok tu bole dijadikan tempat utk kita bkumpul hujung minggu atau sesuatu utk dibincangkan. Kemungkinan utk dijadikan Pondok RT pun mungkin ada, tetapi bergantung kpd keputusan ramai. Utk berlaku pepecahan tu agak mustahil sbb kita tak akn tubuh RT utk kawasan kita shj. Ini bertentangan dgn semangat kejiranan utk 2B7.

    ReplyDelete
  9. Salam,
    maybe sya x brape tau pasal pondok tu tap memandangkn pondok dh dibina.sya ada beberapa tuk di share :
    1- apa kata kte minta kebenaran tuan2 rumah yg berhampiran,mcm kata arif ni melibatkn privacy n view jiran sekeliling. Mungkin ada yg x selesa nti.
    2- memohon dr MDKS tuk mndirikn pondok, sbb ada kejadian di fasa 2, tuan rumah kna saman sbb tanam pokok n letak brg di luar kawasan rumah. Ni kan pulak pondok.

    Just a few thought to share wit loving frens.. :)

    ReplyDelete
  10. SALAM,
    Alhamdulillah syukur pada Allah swt, kita telah melalui proses perbincangan sihat pada MALAM tadi (malam jumaat). Setelah di bincangkan berikut adalah hasil dari pembentangan isu :
    1. Isu privacy adalah satu isu yang tidak dapat diselsaikan dalam masa terdekat kerana tuan rumah tidak memberi no tel kepada pemaju dan dia sendiri belum mengambil kunci rumah.
    2. Isu MDKS, pada masa ini tiada pihak akan mengaku bertanggung jawab. tiada subjek tiada saman. dan pada mas ini pondok itu boleh di buka pada bila-bila masa.
    3. Isu kualiti dan harga juga telah dibincang dan kita menganggap ini satu projek gagal dan terpaksa diteruskan demi menjaga hati ramai pihak akibat dari satu keputusan lalu yang salah. dan ini adalah projek gagal yang pertama dan terakhir harapnya.

    Saya tidak akan dibincangkan secara terbuka lagi kerana perbincangan telah dibuat malam tadi dan abg rahmat dah bersusah payah dan bagi bihun goreng free.

    Oleh itu saya mohon sesangat tuan-tuan untuk memberi sumbangan RM50 sebelum atau pada isnin 13/12/2010
    untuk menyelesaikan pembayran pada kontraktor. Terima kasih kerana membantu..

    ReplyDelete